Bersempena dengan Sambutan Hari KKP Sedunia ini, Seksyen Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur akan menganjurkan program Hari OSH UTM 2025 pada 30 September 2025 di Kampus UTM Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bagi menjayakan sambutan Hari OSH UTM 2025 ini dan ianya bertujuan untuk menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu semasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mempromosi budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan dalam kalangan majikan, pekerja dan orang awam.